Semboyan Kehidupan Bermasyarakat Acheh

Adat bak Poteumeureuhom
Hukom bak Syiah Kuala

Kanun bak Putroe Phang
Reusam bak Laksamana
Hukom ngon adat lagee dzat ngon sipheut

Ringkasan:-
Adat dari Sultan, Hukum dari Ulama, Qanun dari Putri Pahang, dan Reusam dari Laksamana. Hukum dan Adat seperti zat dan sifat, tidak terpisahkan. Syariat yang mengadat bukan adat yang mensyariat.

Rujukan (dilayari pada Jumaat, 14 Mac 2008) :-
1. http://ummiss.multiply.com/journal/item/240/Taman_Bersejarah_PUTROE_PHANG
2. http://morina19octavia.multiply.com/reviews/item/1
3. http://www.kimpraswil.go.id/pemdaaceh/buletin/Nangroe%20Aceh.htm

Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Di atas robohan Kota Melaka;

Kita Dirikan Jiwa Merdeka;

Bersatu padulah segenap baka;

Membela hak keadilan pusaka.

(Kota Melaka, Disember 1946)

Marcapada

Pertama kali saya mendengar perkataan marcapada adalah ketika saya berada dalam tingkatan 4, semasa mempelajari mata pelajaran sejarah. Saya tertarik dengan perkataan ini, demikianlah wujud tapak sesawang marcapada di alam realiti-maya ini.

Perkataan lawan bagi marcapada ialah kayangan. Saya cuba mencari makna perkataan ini dalam tapak sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan takrifan istilah marcapada, menurut Kamus DBP dalam talian, ialah:

1 rekod telah dijumpai dalam Kamus Terbitan DBP

Bil.

Kata/Peribahasa

Takrif

Sumber

1

marcapada

sl dunia sekarang ini: orang Mukmin yg tidak terpengaruh dgn ~ yg penuh dgn tipu daya.

Kamus Dewan Edisi Tiga

1

Namun begitu, carian melalui laman jejaring google.com menunjukkan bahawa adanya terdapat satu lagi laman yang menafsirkan perkataan ini. Tafsiran marcapada berdasarkan AsiaMaya.com adalah seperti berikut:

marcapada the earth, this world as opposed to heaven (in wayang stories) (kata tidak umum – not a common word)

Definisi dalam bahasa Indonesia :

marcapada dunia nyata (tempat makhluk hidup), bumi

AsiaMaya turut menyentuh bahawa ejaan alternatif kepada marcapada iaitu mercapada.

mercapada (alternative spelling : marcapada) the earth, this world as opposed to heaven (in wayang stories) (kata tidak umum – not a common word)

Definisi dalam bahasa Indonesia :

mercapada dunia nyata (tempat makhluk hidup), bumi

 

Baiklah, selesai sudah penafsiran istilah marcapada. Insya-Allah, sekiranya kelapangan, perkara ini akan dilanjutkan lagi.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.